Dendeng Daging Mantap cara orang lama, tak mudah basi.

2024-03-04 6,386 0 382,999 YouTube

Download Convert to MP3

Jom tengok Che Nom share resepi masakan yang tengah hot sekarang ni iaitu daging Dendeng..ni sbb Khairulaming lah kan. Memang sedap sangat daging dendeng ni tambahan pulak dah nak puasa senang kalau kita masak simpan buat stok. Apa yang Che Nom nak share ni ialah cara orang dulu-dulu dan lebih kepada sebelah negeri Perak, dimana bahan-bahan tumis kita goreng sampai lembut dan baru lah kisar halus. Hasil dendeng lebih tahan lama dan lebih beraroma..cara yang lain-lain tu macamm biasa. Daging direbus sampai lembut, hiris nipis dan tumbuk. Kemudian barulah diperap, digoreng dan masak perlahan dengan bahan-bahan tumis. Kalau elok cara tumisnya, cukup minyaknya hasil akan tahan lama dan tak mudah basi. Makan dengan nasi putih panas-panas fuh cukup terangkat. Kuah pun pekat bersalut. Boleh simpan sebagai frozen. //Bahasa Melayu ---------------------------------- Bahan-bahan: 1 kilo daging Air (sekadar tenggelam daging) 1/2 cwn kicap pekat manis (perap) 3 batang serai 1-2 biji bawang besar 12 biji bawang merah kecil 4 ulas bawang putih 2 inci halia 12-15 tangkai cili kering 2 cwn minyak masak 1/2-1 cwn kicap pekat manis (kuah) 4 helai daun limau purut 1/2 keping gula melaka Garam secukup rasa 1 sb serbuk perasa 1 senduk bawang goreng segar //English ---------------------------------- Ingredients: 1 kilo beef Water (just enough to cover the meat) 1/2 cup sweet soy sauce (marinated) 3 sticks lemongrass 1-2 red onions 12 shallots 4 cloves garlic 2 inches ginger 12-15 stalks dried chili 2 cups cooking oil 1/2-1 cup sweet soy sauce (gravy) 4 kaffir lime leaves 1/2 piece palm sugar Salt to taste 1 tbsp seasoning powder 1 ladle fresh fried onion Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook Jenama Kuali : https://chenom.my/kuali-yang-selalu-che-nom-guna-di-youtube/ Jenama Pisau: https://chenom.my/pisau-yang-che-nom-guna-di-youtube/ Model Blender: https://chenom.my/blender-yang-che-nom-guna-di-youtube/ #resepichenom