Masak 400 KG Serunding Daging Sehari - Serunding Kg Laut, Kelantan

2023-04-14 702 0 55,615 YouTube

Download Convert to MP3

Serunding atau nama lain nya sambal daging merupakan sejenis makanan yang diperbuat dari daging lembu bersama gabungan pelbagai rempah ratus. Proses membuat serunding ini memakan masa yang sangat lama dan perlu dimasak sehingga kering. Kampung Laut memang sinonim, Serunding ini juga menjadi salah satu makanan yang popular terutama pada bulan Puasa dah Hari Raya Aidilfitri. Terdapat pelbagai jenis serunding seperti serunding ayam, daging dan ikan. Ia boleh dimakan bersama ketupat, nasi impit, pulut, lemang dan sebagainya. 📍Lokasi » Fahmi Serunding Enterprise Laman Warisan Kampung Laut, 16200 Tumpat, Kelantan ⏰ Waktu Operasi » Dibuka setiap hari Dari jam 9 pagi sehingga 7 petang ☎ Nombor Telefon » 017-932 3055 Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan. Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum. Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.