Tan Sri Annuar Musa turut menyelar peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan
harga makanan terlalu tinggi dengan alasan kenaikan harga ayam dan minyak masak.
Pengerusi pasukan khas Jihad Menangani Inflasi itu berkata pemantauan yang dilaksanakan turut mendapati peniaga menaikkan harga makanan melebihi yang sepatutnya sedangkan harga makanan mentah seperti ayam hanya naik 50 sen ke satu ringgit sahaja.
Malah katanya, golongan peniaga juga tidak menyelaraskan harga meskipun harga bahan mentah telah turun.