Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi hak asasi manusia menggesa negara anggota untuk meningkatkan tekanan ke atas tentera Myanmar susulan laporan berterusan keganasan dan pencabulan hak asasi manusia di negara Asia itu.
Menurut Pesuruhjaya Tinggi PBB Untuk Hak Asasi Manusia, Michelle Bachelet, apa yang disaksikan ialah penggunaan taktik yang sistematik dan meluas terhadap orang awam yang mana terdapat alasan munasabah untuk mempercayai pelakuan jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah perang.