Penduduk bimbang, air pasang kembali
16 keluarga di beberapa kampung di Kelantan yang dipindahkan selepas terjejas akibat air pasang besar masih belum dibenarkan pulang. Mereka yang terjejas melibatkan seramai 75 penduduk dan ditempatkan sementara di Sekolah Kebangsaan Pulau Kundur.