Kenderaan dalam air, AUV, Bluefin-21, meneruskan misi ketujuh hari ini untuk pencarian dalam air bagi mengesan pesawat penerbangan MH370 Malaysia Airlines di Selatan Lautan Hindi.
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), yang mengawasi operasi pencarian berkata kenderaan tanpa pemandu itu telah memeriksa kira-kira 133 kilometer persegi setakat ini.