Isu ekonomi dilihat bakal menjadi fokus platform perbahasan para pemimpin ASEAN terutama dalam memacu pembangunan komuniti ekonomi ASEAN. Pada masa sama, isu keselamatan politik dan sosio-budaya turut menjadi tumpuan pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 pada 26 dan 27 April depan.