Presiden Ukraine, Petro Poroshenko menyifatkan insiden membabitkan pesawat komersial Malaysia Airlines MH17 yang jatuh ditembak sebagai satu perbuatan kumpulan pengganas. Beliau turut menggesa untuk satu siasatan di peringkat antarabangsa dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian.