PAS 'suka' perjuangan Umno martabat Islam - Najib

2017-06-20 334 Dailymotion

Download Convert to MP3

Prinsip dan perjuangan Umno ke arah kepentingan memartabatkan umat dan agama Islam selama ini menyebabkan PAS 'suka' terhadap parti itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Najib yang juga Presiden Umno berkata ini kerana PAS yang 'dibuli' oleh DAP dalam pakatan pembangkang sebelum ini, melihat Umno dari aspek kebajikan dan pentadbiran yang banyak menguntungkan umat Islam.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Rakyat peringkat Kedah di Jitra, semalam.