Isu bersalaman: Terima kasih atas teguran, tapi janganlah diperbesarkan

2016-02-26 3,622 Dailymotion

Download Convert to MP3

Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar mahu rakyat menghenti menjadikan tindakan baginda dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail bersalaman dengan orang ramai sebagai satu isu.

Titahnya, baginda bersalaman dengan semua lapisan masyarakat, tidak kira lelaki atau perempuan kerana peranan baginda sebagai raja.

“Terima kasih atas teguran, tetapi bukankah keprihatinan raja terhadap rakyatnya merupakan perkara yang dituntut oleh agama?” titah Sultan Ibrahim ketika berucap merasmikan peringkat Pertandingan Bacaan al-Quran Johor ke-60 di Dataran Tanjung Emas, Muar pada Rabu.