PEKASAM IKAN CARA ORANG LAMA | Confirm jadi !

2022-12-07 7,896 0 474,401 YouTube

Download Convert to MP3

Resepi pekasam ikan Cara buat ikan pekasam cara mak rozek Bahan bahan -2 kilo ikan sungai -2 genggam garam (Kalau ada garam kasar lagi bgus) -10 keping asam keping -500g beras (sangai /goreng tanpa minyak) Cara membuat ikan pekasam -Ikan ‘wajib’ dibasuh bersih,segala darah dan lendiran ikan kene buang ..ini utk elakkan ikan busuk,ikan akn berulat kalau ada darah .Yang penting sahabat basuh bersih . -Toskan ikan bagi kering (anggaran masa 2 jam) -Ambik garam .Caranye ratakan garam pada seluruh bahagian luar dalam ikan -Kemudian simpan ikan dalam bekas kedap udara selama 2 hari -Cara simpan ikan ,simpan dibawah tudung saji utk elakkan lalat hinggap buat renga. Jika simpan dalam peti ais pekasam kurang menjadi. -Selepas 2-3 hari ,baru ke proses seterusnya. -Proses seterusnye,sangai beras shingga keperangan.Kemudian tumbuk/blend beras separa halus -Ratakan beras pada ikan . -Akhir skli ,peram ikan selama 7-10 hari .Slepas tempoh peram baru lah pekasam boleh digoreng Cara simpan Kedua2 proses peram ikan dengan garam & peram ikan dengan beras kene simpan dalam suhu bilik *simpan di luar bukan dalam peti ais ( pastikan tutup bekas rapat-rapat dan bungkus bekas untuk mengelakkan lalat hinggap)selama 3 hri , -Kemudian boleh simpan dlm peti ais bhagian chiller. Kalau terus simpan dalam chiller , pekasam kurang menjadi sebab proses peram tidak berlaku .