Sambal Goreng Pengantin. Jarang Nak Jumpa Resepi Ini.

2024-04-22 691 0 33,495 YouTube

Download Convert to MP3

Assalammualaikum dan hi semua, Sambal Goreng Pengantin adalah hidangan popular daripada Singapura dan Johor dan selalunya dihidangkan pada musim perkahwinan dan juga majlis keramaian yang lain termasuklah pada Hari Raya. Ini mungkin disebabkan cara memasaknya agak remeh dan mengambil masa yang agak lama, Tetapi di situlah keunikannya – bila perlukan lebih sedikit masa dan banyak prosesnya, pasti ia akan menghasilkan satu hidangan yang sedap. Sambal Goreng Pengantin ini terdapat pelbagai versi. Kak Yan percaya bahawa apa pun juadah, kita yang buat dia mengikut citarasa sendiri. Setiap resipi tu cuma memberi asas resipi yang asli dan tulin mengikut tradisi orang tua-tua dahulu. Yang penting, rasa aslinya tidak lari walaupun kita ada menambah di sana sini sedikit mengikut citarasa kita masing-masing. Tiada yang salah atau betul di dalam memasak sesuatu juadah lainlah kalau kita menukarkan sepenuhnya asas resipi tersebut atau memasukkan tambahan yang tidak sesuai langsung dengan resipi itu. Kalau jadi macam tu, moleklah kita beri nama lain kepada resipi itu. Sambal Goreng Pengantin Bahan-bahan 500 gram paru 500 gram hati lembu 500 gram daging 500 gram udang 400ml santan 5 sudu besar cili kering kisar Asam Jawa Minyak secukupnya Garam dan gula secukup rasa Bahan Hiris 6 biji bawang merah 6 ulas bawang putih 8 biji cili merah 8 biji cili hijau Bahan Kisar 15 biji bawang merah kecil 5 ulas bawang putih 3 batang serai 1 inci halia 1 inci lengkuas Belacan (optional) Sambal Goreng Pengantin is a popular dish from Singapore and Johor, often served during wedding seasons and other festive occasions, including Hari Raya. This might be due to its complex and time-consuming cooking process, but that’s where its uniqueness lies – the more time and effort required, the tastier the dish turns out. There are various versions of Sambal Goreng Pengantin. I believe that whatever the dish, we prepare it according to our own tastes. Each recipe only provides a foundation based on the original and authentic traditions of the old days. What's important is that the original flavour remains, even if we make some adjustments according to our personal taste preferences. There’s nothing right or wrong in cooking a particular dish unless we completely change the recipe’s foundation or add ingredients that are entirely inappropriate for it. If that happens, then it would be appropriate to rename the recipe. Ingredients: 500 grams of beef lung 500 grams of beef liver 500 grams of beef 500 grams of shrimp 400ml coconut milk 5 tablespoons of ground dried chili Tamarind Enough oil Salt and sugar to taste Sliced Ingredients: 6 red onions 6 cloves of garlic 8 red chili peppers 8 green chili peppers Blended Ingredients: 15 small shallots 5 cloves of garlic 3 stalks of lemongrass 1 inch of ginger 1 inch of galangal Belacan (optional) Nak beli kuali, Klik link disini -http://www.aurasiaglobal.com/ Selamat Mencuba! Teruskan tengok video ini sampai habis dan jangan lupa subscribe. Jangan lupa juga untuk follow Kak Yan di platforms berikut: Instagram:https://www.instagram.com/azianhasan/​​ Facebook:https://www.facebook.com/azianhasan/​​ Blogspot: https://azianhasan.com/